Friday, March 27, 2009

Cerita Hantu dari Cameron Highland

Sekarang di pawagam dan ditivi kita lihat lambakan cerita2 hantu puaka dimainkan. dulu masa Tok Mat jadi menteri penerangan, semua tu taboo. sekarang dah open. semua channel doq berlumba2 wujudkan cerita hantu. mak lampirlah, anak pontianaklah (dia tu seksilah, geram aku!! Ups!!), layar puakalah, hantu dari singapura dan banyak lagi. aku juga tengok kadang2, tapi setelah anak2 tidur. aku dari dulu tak mau anak2 mengingau kalau tengok cerita cam tu. kat asterol, selalu diulang2, so layan je lah. satu yang aku suka layan cerita cam ni ialah ia berjaya timbulkan rasa takut pada diri aku. bila takut, aku terpaksa mencari seseorang untuk dipeluk. dan....... FULL STOP!

Aku ada banyak cerita2 hantu syaitan ni. apatah lagi arwah datuk aku dulu dukun part time (dia tak mau expose). kisah seram terbaru yang aku alami ialah pada tahun lepas (2008) semasa kami sekeluarga bercuti di cameron highland.

begini kisahnya.... (korang bayangkan ada muzik latar seram)

Pada 16/02/08, kami sekeluarga awal2 pagi dah bertolak ke cameron highland melalui lebuhraya utara selatan, melalui simpang pulai. perjalanan sangat menyeronokkan wife dan anak2, mereka boleh suka2 hati minta berhenti dimana2 untuk membeli buah, jajan dan sebagainya. yang tak berapa seronok adalah aku yang menjadi driver dan terpaksa membayar. tapi bila keluarga happy, aku tak peduli semua tu, akupun HAPPY.

kami check in disebuah hotel di brincang. cuma 3 bintang sahaja termampu. kedudukannya diatas bukit ditengah2 pekan brincang amat stategik. untuk ke pasar malam, masjid, medan selera, bank, kfc dan sebagainya cuma beberapa minit berjalan kaki (tapi kesemua tempat aku bawa kereta da...). yg aku suka ia terpisah dengan hotel2 kecil yg berebut parking dan riuh rendah. bilik hotel kami sangat luas dengan adanya balkoni dan ruang santai yg besar.

selepas check in, kami berehat seketika dan menunaikan ibadah. kami keluar jalan2 mencari strawberi, madu, teh dan sebagainya. semua tempat menarik kami redah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebab pengalaman sebagai orang HR mengajar aku menyusun aktiviti dengan baik. apatah lagi aku dah buat survey awal melalui internet dan bertanya kawan2 yg dah pergi. malas cerita lanjut tentang hal aktiviti kami sebab tajuk kali cerita hantu.

sebelam malam, selepas menjelah pasar malam brincang, kami kembali ke bilik melayan asterol, anak2 layan kartun. sambil2 kami makan jagung, cendawan goreng, keropok, strawberi, buah2 dan sebagainya. aku mengambil peluang mengupload gambar dari digital camera ke komputer. beratus gambar ambik, aku suka ambik gambar keletah anak2 yg begitu happy. gambar aku less than 10 pcs.

hari dah lewat, pika yg masa itu masih menyusu badan dah tidur bersama2 umminya. cuma tinggal aku dan luqman. luqman masih galak layan tivi, masih culas nak tidur walaupun disuruh. ala budak2 mana faham gelodak jiwa ayah mereka dalam kedinginan malam ini. untuk mempercepatkan luqman tidur, aku cuma pasang lampu kecil sahaja. tapi luqman masih galak meninton tivi, "berubah tempat tidur, tu yang susah lelapkan mata barangkali" getus hati aku. malam merangkak tua, suara anjing gelandangan menyalak kedengaran begitu sayu, sesayu hati aku yang masih belum menyempurnakan kewajipanku. aku kemudian mengumpan bancuhan susu supaya luqman tidur. dia masih boleh gelak menonton telatah kartun sambil menghisap susu botolnya. at last.... aku cakap "luqman, tidur ye. esok pagi kita nak gi ladang teh, nak tengok rama-rama, nak cari ais krim strawberry macam makan tadi. kalau lewat tidur nanti lewat bangun". luqman cakap "ok". aku menutup tivi menggunakan remote control padahal tivi memang depan mata je.

tiba-tiba......

aku lihat luqman memalingkan muka ke bawah dengan keadaan badan yang menggigil-gigil. aku ingat dia merajuk aku tutup tivi. aku cuba memalingkan mukanya. lagi teruk dia meronta2 dan enggan tengok ke arah aku. aku angkat luqman letak atas riba, perasaan bersalah wujud kerana menutup tivi. aku tanya "luqman nak tengok tivi lagi ke". luqman geleng. aku cakap "tengok muka ayah". luqman cakap "luqman takut!". ada sedu dan ketakutan disuaranya. aku peluk dan tanya lagi "takut apa? ayah ada.". aku dekatkan luqman didada aku dengan kepala di leher aku. "cakap...takut apa?" aku cakap. luqman bersuara agak lemah "ada kakak rambut panjang atas tivi. dia tengok luqman".

toksah cerita lah betapa gugupnya aku ketika itu. bulu roma dan bulu pundak dah meremang. dalam berani2 takut, aku cuba memerhati apa yang ada diatas tivi. gelap. samar. aku cepat2 menggunakan mata ketigaku untuk memerhatikan tempat itu sekali lagi. suasana masih gelap, tapi aku dah dapat melihat dengan jelas. masa kali pertama tengok, aku lupa aku tak pakai cermin mata. he.3x... (jangan gelak, ini cerita hantu, bukan cerita lawak).

aku suruh luqman tengok betul2, ada apa2kah lagi diatas tivi, dengan sebelah mata dan kedua2 tangan masih dimuka, luqman menjeling. dan.... luqman berkata "ayah.. kakak senyum kat luqman". aku memeluk luqman dengan erat, sambil mata menjeling kearah tivi, dan sesekali menjeling kearah wife dan pika yang masih nyenyak dibuai mimpi. penat sangat barangkali dua beranak ini meredah bukit dan berjalan kaki tadi.

sambil2 itu, mulutku terkumat kamit membaca surah-surah al quran, dan tidak terkecuali ayat kursi. habis bacaan surah, aku hembuskan ke arah luqman dan ketangan aku. dengan mata yang masih terpaku ke lembaga yang tak kelihatan, aku mengusap tangan yang dihembuas bacaan surah2 lazim itu keseluruh tubuh luqman. sebagai pendinding dan untuk menenagkan luqman. alhamdulillah, badan luqman berhenti menggigil, tapi rangkulan tangannya masih kuat ke badan aku. aku letakkan luqman dibawah, dan dengan mulut terkumat kamit membaca ayat2 suci Al-Quran, aku berdiri betul2 dihadapan puaka yang tidak kelihatan itu, aku baca Ayatul Kursi dengan agak kuat dan aku hembuskan.

aku kembali ke arah luqman, dan memintanya melihat 'kakak' itu, luqman membuka mata dan berkata "kakak dah takde ayah...". aku suruh luqman tengok sekeliling bilik, dan luqman tidak menjumpai 'kakak' itu. aku baringkan luqman kembali.

kemudian aku mengambil wudhu' dan surah Yassin yang memang selalu ku bawa ke mana2. aku pasangkan satu lampu agak lebih cerah, dan aku bacakan surah Yassin. dalam sila yang kemas, aku letakkan luqman dipangkuan. aku bacakan surah Yassin dengan sebiji botol air mineral 500ml yg terbuka penutupnya didepanku. selesai bacaan, aku menghembus kearah air, sambil mengulang ayat2 yang terkahir, dan menghembus lagi. aku letakkan luqman, dan aku berjalan ke setiap penjuru bilik sambil merenjis2 air bacaan Yassin tadi. aku juga menyuruh luqman meminum sedikit air Yassin tadi.

Alhamdulillah, malam itu beransur tanpa ada gangguan lain, aku risau juga dengan tindak balas syaitan yg memang berdendam dengan anak cucu Adam.

keesokkan harinya, awal2 pagi lagi, aku dengar luqman bercerita kisah dia melihat 'kakak' kepada umminya. aku buat endah tak endah. disebabkan wife malas bersarapan diluar, aku keluar membungkus sarapan seorang diri. masa sarapan, wife cuba memulakan perbualan mengenai hal diceritakan luqman. aku tangkas memangkah percakapan isteri. "jangan mengarutlah! luqman mengigau je tu." suara aku agak keras menjawab. isteri terkedu, dan dia tahu lebih baik dia diam jika kedengaran suara aku agak keras. dan cerita2 itu tidak kedengaran lagi. selepas sarapan, kami enjoy ke sekitar cameron highland.


pada 18/02/2008, lepas keluar jalan2 sekitar pekan brinchang, kami check out. bilamana kereta melepasi kampung raja, barulah aku memulakan bicara mengenai kejadian menimpa luqman. "ayang cakap apa hari tu? luqman cakap dia nampak kakak rambut panjang?' aku memulakan bicara. wife menjawab "ingat abang tak percaya! hari tu abang marah". aku meyuruh isteri bercerita, dan isteri dengan petah bercerita dan sesekali menyuruh luqman bercerita kepada aku. aku dengar dengan penuh minat.

aku kemudiannya bersuara "abang dah tau, masa luqman nampak 'kakak' memang abang ada. aku ceritakan the other side story. terpaku wife aku dengan kehebatan aku yang saja direka2 tu (he.3x). "kenapa hari tu cakap je abang marah" wife berkata dengan suara seolah merajuk. aku jawab "abang tak mau ada apa2 musibah. kita didalam kawasan rumah 'dia'. buat apa nak cakap2 pasal dia, nanti lagi 'dia' kacau kita. abang cuba ikhtiar suruh dia jangan kacau kita je. abang bukan bomoh nak lawan2 dengan dia. tok ayah ada pesan, kalau dia ada dalam rumah kita, kita musnahkan. kalau kita dirumah dia, kita elakkan pertembungan. ni abang cakap sebab kita dah diluar pengaruh dia".

aku tambah lagi "pasal hotel tu berhantu, abang dah tau awal. razman dah cakap masa abang bagitau nama hotel tu. ada kawan dia pernah kena. cuma abang malas nak fikir. kalau abang bagitau ayang psl razman cakap dan kejadian malam tu, abang yakin kita semua akan ketakutan dan kita tak enjoy bercuti ni". kami semua diam dan meneruskan perjalanan. dalam hati berkata, aku akan datang lagi ke cameron highland, tapi bukan ke hotel tu.


tamat.

ini sdikit cerita makan, malam tadi (26/03/09), kawan aku si taufiq tiba2 call ajak makan sate kajang haji samuri. aku on je sebab dah lama tak jumpa dia selepas dia pindah kerja lain. kami berempat pergi makan di cawangan bukit tinggi. sebab 830pm baru jumpa, aku dah bedal dulu roti canai telur. sebab aku on diet, aku cuma dapat habiskan 17 cucuk sate dan sepiring nasi impit. cukuplah! macam biasa aku tak lupa snap gambar untuk promosi (sakitkan hati kawan2 lain??) :-






IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Kat atas tadi cerita hantu syaitan kan, ini ada kaedah untuk menghalau syaitan tersebut hasil susunan sahabat sekampung aku iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Penceramah Bebas, Penceramah Kuliah POP di Masjid Negeri Shah Alam, Pengacara 'Tanyalah Ustaz' di TV9). Jika anda sering rasa ketakutan, bermimpi aneh, terdapat kesan lebam dibadan, nampak bayangan dan sebagainya, aku secara peribadi syorkan memberi PAKEJ LENGKAP SET AUDIO CD AL-ROQYAH AL-SYARE'YAH ini. ada 4 CD.



Siapa Yang harus memiliki pakej ini :-
1) Pesakit yang sudah mengetahui bahawa sudah terkena gangguan makhluk halus.
2) Individu yang lemah semangat.
3) Suami-isteri atau rumah tangga yang dingin.
4) Pengusaha restoran atau premis perniagaan.
5) Individu yang mengalami simptom-simptom yang disebut diatas.
6) Pelajar, guru atau pekerja yang selalu berada dalam keadaan stress atau tertekan.
7) Individu atau keluarga yang baru berpindah atau memasuki rumah baru.
8) dan seseiapa sahaja yang ingin menggunkan Al-Quran sebagai PENAWAR atau Syifa' untuk mendapat Perlindungan daripada Allah SWT.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membeli CD ini, sila layari facebook berikut berikut :-

www.facebook.com/faizashoppe

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460434367325395&set=pb.460188577349974.-2207520000.1355708037&type=3&theater

just call/sms 018-2678719 (izman). harga RM70 (4 cd audio dan pos laju).

NAK PENDAPATAN PASIF HANYA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT?
click link berikut
http://www.toneexcel.com/affiliate/index.php?ID=263188


updated : 17/12/2012

29 comments:

Mak Su said...

aiyooo... kakak? eeiiii, serreem ler. hotel mana? habaq ler

Nek Cun said...

Izman... kakak tu cun ke tak cun? awat tak 'tackle' se raound?... hehehe... sajer lawak jer... Memang kalau kita di tempat yang kita tak biasa dan terima pula gangguan sedemikian, adalah dinasihatkan agar kita baca ayat Qursi dan Yassin dan kemudian minta dia tinggalkan kita dan jangan ganggu kita. Katakan juga bahawa kita ke situ bukan nak ganggu dia tapi hanya nak tumpang singgah!... Itulah pesan atok nenek pada nekcun dulu-dulu pun... Nekcun ngan atok pun kalau pi mana-mana, walau pun ke oversea mesti bawa buku surah Yassin dan buku-buku do'a yang lain-lain, kerana kita tak tahu apa yang ada di sana... terutama kalau pi ke pulau-pulau...

izman said...

mak su,
ish.3x... buleh sebut nama ke? dia satu2nya hotel 'country' kat sinun. atas bukit, bawahnya petronas dan balai bomba.

izman said...

nekcun,
eeeii.... takut!

bagi orang berilmu rendah ni, itulah satu ikhtiar saya. nak baca surah panjang2 tak reti. nak jampi mantera, lagi tak reti. lagu mantera semerah padi reti la.... kang berjoget lak depa.

Shifu67 said...

dulu tok pesan.. kalau balik rumah waktu mlm, sebelum masuk basuh kaki, cuci muka (kalau ambil air sembahyang lagi baik sebenarnya)

sedap2 baca citer hantu... ada pula iklan sate... banyak la ko punya diet... cehhh

izman said...

shifu67,
he.3x, itu nak ilangkan ketakutan cerita antu.

ILA said...

Kat mana2 ada Makhluk Halus.Seingat saya dulu ada tercerita gak yg bab my huby
t' kena cakar tu kan. Tapi kami tak terus berubat .Cuma suruh orang yg berkaitan tengok2 dari jauh.Namun kekuatan dalaman & kerohanian kita perlu kuat.Sendiri perlu lakukan sepertimana yg kau buat.Membaca Yassin dan mbaca ayat2 lazim.ALhamdulilah..skrang ni dah hilang gangguan tu..(entah awek mana yg mcakar tu yeakk)

hmmm...kebenaran dah terserlah..kau mmg mudah kalah dgn 'penawaran' dari kawan.
Makanan harus di kecapi sementara kita sihat...:D

julietchun said...

bebudak cpt nampak benda2 halus camnikan, meremang bulu roma.

izman said...

ila,
ala makhluk tu ada dimana2. so, berani2kan diri je lah. hubby ko ada cakar balik tak 'awek' tu??

ala aku makan sikit je, sebab kawan. kalau dah sakit, dah tak boleh makan dah.

izman said...

julietchun,
tu lah pasal. nak percaya, susah. tak percaya, lagi susah. ikhtiar le kalau mampu.

Tijah said...

citer ko ni buat aku insap dan rasa nak tukar header seram aku kepada kartun plak.

hotel mana ek? aku tgh plan nak pegi kemeren nih...

ku tak sempurna said...

hotel apakah itu??

huuuiiiiii.... GERUN aku nak gi...
takut ter'stay' kat hotel tu...

tak sanggup ai tgk 'kakak' tu...

izman said...

tijah,
rujuk jawapan kepada 'maksu'. cuma dia ada 'lodge'

izman said...

ku tak sempurna,
rujuk jawapan kepada tijah, dia hotel 'resort'. sambung lah tiga2 tu. kuang.3x

cendawanintim said...

kakak erk...serammmmmm!!

izman said...

cendawanintim,
seram? aku lagi seram. dah ok muntah2??

Monkey D Luffy said...

seram gilak! meremang bulu roma

xiiinam said...

Masa di asrama dulu..roomate aku terjerit-jerit kata ada pompuan rambut panjang.dekat sinki bilik air...pagi sok...tengok, rupenya mop...




Bagaimanapun, amalan-amalan zikir perlu dilakukan denga istiqomah....supaya Allah lindungi kita.
Aku pernah menderita menjadi mangsa sihir...sehingga kehidupan aku sedikit bercelaru...tapi Alhamdulillah, berkat bantuan semua, akhirnya aku ditemukan dengan media penyembuhan yang dihantar tuhan buat aku....sekarang, sesekali masih terasa kesakitan itu...

izman said...

monkey d luffy,
tu baru sikit. nanti aku cerita pengalaman dengan datuk aku, lagi seram.

izman said...

xiiinam,
pernah kena sihir ke? siapalah yg dajal itu. cubalah CD roqyah tu. kawan saya mainkan je setiap hari dirumah.

Hamim said...

takut nak gi cameron... ada akak jaga tivi kat sana... meremang bulu roma...

shana0077 said...

bahaya crita ni.. meremang bulu roma ku... kat cameron kan? hotel mane?

gunung said...

aku pun ada cetta hantu nak di kongsikan...tp cita bapak aku dan sepupu dia masa remaja dulu yg d serga oleh hantu bangkit...masa 2 seprti biasa rutin harian adalah menjaga kedai n menutup kedai..sedang asyik mereka menutup pintu kedai,dulu pintu kedai boleh d leraikan n di pasang balik mengikut no...bapak aku tercium bau yg amat dasyat sekali…bau bangkai seperti dia kenali..."bangkai manusia"...!! bentak hatinya..biasalah dia dah lali dgn bau seperti ini kat pilipin..masa era perang..bnyk mayat bergelimpangan mati kena peluru sesat..yg pelik 2 bunyi hantu itu seperti orang mengerang pakcik aku x perasan…bapak aku buat x tau jer…dia malas nak kecoh sbb pakcik aku ni penakut..last2…bila pakcik nak menutup tingkap...tiba-tiba di serga oleh antu bangkit..bapak aku sempat tengok wajahnya seblm lari…kulit mukanya mengelembung dan melecit sana sini...menurut dari cerita bapakku..hantu bangkit menjelma sampai ke siang hari spt zombie..btl atau x Tuhan jer tau...kepalanya x dpt di tampung sehinggakan dagu itu diletakkan di bahu kerna lehernya buruk berulat dan hampir putus..cuba bayangan keadaan hantu bangkit i2..banyk kelip-kelip berligar kepalanya…dan mahluk i2 berjln meyiring spt ketam...hantu ini popular bagi kaum suluk n bajau..percaya atau x anda nilai sndiri...thanx

gunung said...

an rakan2 kat hostel d bndr bru bngi ttg bahaya bermain spirit2…nk dmulakan cita. .mlm kejadian pukul 12 mlm n mlm keliwon…mlm i2 aku da pesan kat kawan aku jgn bawa bdk pompuan yg lema semangat join sekali..tp dia nak timbah pengalaman katanyer…bantailah yg penting tgungjawab sendiri…tenga asyik main nie…pintu hostel kmi d tutup dgn kuat sekali..yg peliknya pintu i2 memang tertutup…n slps i2 lampu lilin yg kmi pasang terpadam…sajer jer pakai lilin ambil mood seram…hiii…dan yg seram sekali..burung hantu berwarna putih ingap betul2 kat ranting pokok kat luar tingkap hostel kami….hostel kami tingkat 3…smua dah mula seram..kerana dah telampau seram…kmi pakat hantu 2 home…tp dia berdegil….dia kata minat kat minah 2…sampai 4 subuh bru dia nk home….dlm hati Alhamdulillah…ingatkan dah selesai lah keseraman mlm 2….jadi akupun plah toilet…tenga di dlm toilet…aku ternampak pergerakan bayang2 seolah2 sedang menari ..mula2 aku ingatkan pergerakan bayangan aku cause mula2 aku gerakkan kepala ke kiri serupa..ke kiri serupa gak…tp bila dah asyik gerakan kepala aku….bayang2 i2 menjelma menjadi realistik…aku fokos bayangan 2 jelas menjelma susuk tubuh tenga menari2..aku apalagi llintang pukanglah jawabnya..enta sempat bertayamum atau x…..nasib baiklah ada yg warak jgk katakn….jd dia azankan hostel2 mlm 2…mlm 2 kmi tido sebilik…rupa2 semua xleh terlelap….keesokan paginya dlm tempat kursus…nak cita skit setiap pagi di tmpt kursus kmi..awal2 pagi ambil kehadiran diluar dewan…tiba2 budak pompuan yg joint mlm 2 lema semangt terus histeria…yg peliknya pompuan 2 asyik meronta nak tendang aku…walau di angkat keudara…sampai ke petang brulah pulih…dgn bantuan ustad last2 kes nie sampai ke telinga warden kat sana…apa lagi habis semua yg terlibat kena cuci habis-habisan..2 jer hiii maaf klu x seram…cita ni aku alami sendiri d

Mr PenyuBiru said...

bro, hotel mana tu? century pines resort ke? aku stay situ masa bulan jun tahun lepas.

HAZRIL said...

Alamak! Hotel 'country' tu ke? Saya pegi cameron ngan kawan2 dok hotel tu la...nasib baik takde apa2, maybe sbb pegi ramai2 kot..

ochipz zaind said...

country lodge resort cameron highlands......wahhhhhhhhhhh.....nyaris2 nk booking..tertgk blog nh.terus cncel..huhuhu

Rose said...

Sye penah stay kat hotel ni bln Feb aritu..siap bwk bby 7 mths g..nsb baik x jd apa2,bby pun x meragam cuma sye je yg rse x ado aty mse stay kt ctu..mlm tu sye mpi dgr bby nangis,then bila sye bukak pintu tgk2 xde spe,bby tgh tdo tp hubby ilang..huhu cuak giler smpi terjerit dlm mpi tu..tp mpi tu mmg rse sgt real..n tiap kali nk masuk toilet tu rse mcm ade org tgh pndg sye kt cermin..meremang je bulu roma..smpi bila msuk toilet sye x tutup pintu ler...hehehe..lps check out sy citer kt hubby then ckp kt dia xnk la stay kt cni lg next time...

Ahza Arfaz said...

Kamu kena membawa al-quran bersama jadi makhluk2 halus itu tak akan datang dan takut untuk melihat kawasan2 yang ada al-quran , kamu kena ada 1/2 al-quran dan 1/3 Iqraq/Munkadam (Sori tak tau eja :P)